Ahad, 4 September 2011

Pertubuhan Penggerak Kebajikan Anak Muda (PPKAM) Bohor Karang


PENGENALAN

Pertubuhan Penggerak Kebajikan Anak Muda (PPKAM) Kampung Bohor Karang ditubuhkan atas dasar untuk menyatukan masyarakat belia dan beliawanis kampung dengan tujuan mampu melatih dan mendidik belia/nis kampung agar mahir dalam aspek pengurusan berorganisasi, berpenampilan dan membentuk individu-individu berkualiti sejajar dengan modal insan yang di inginkan kerajaan. Justeru PPKAM akan bertanggungjawab dalam memimpin dan membantu anak-anak muda kampung dalam menentu halatuju masa depan. Perspektif halatuju belia/nis kampung akhir-akhir ini telah menjadi satu persoalan yang meragukan masyarakat setempat apabila kebanyakan anak-anak muda kampung hari ini tiada aktiviti terancang dan tidak terurus dari aspek pembangunan insan yang merangkumi ilmu pengetahuan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Sehubungan itulah PPKAM memandang serius akan isu ini dengan berharap tertubuhnya PPKAM akan mampu memacu generasi baru kampung ke arah kehidupan yang lebih berwawasan kelak. Namun PPKAM amat menyedari tentang betapa pentingnya sokongan daripada semua pihak terutamanya pihak pemimpin, badan berkorporat, ahli-ahli ilmuan serta masyarakat setempat dalam membantu merealisasikan harapan murni ini. Dan PPKAM juga menyedari bahawa tanpa adanya sokongan dari pihak-pihak lain pastinya usaha ini tidak akan berjaya.

VISI
Memantau dan menyusun aktiviti-aktiviti samaada berbentuk kemasyarakatan, keilmuan, dan kemahiran kepada generasi muda kawasan setempat dengan menekankan aspek pembangunan rohani, dan mendedahkan belia/nis aktiviti yang bermanfaat.

MISI
Melahirkan belia/nis yang terpimpin dari aspek jasadi, rohani dan menteliti serta mampu menjadi insan yang berbudi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan