Ahad, 4 September 2011

Berita Anak Muda


Assalamualaikum… dan doa sejahtera buat semua pelayar laman ini.
Jutaan terima kasih dan selamat berkenalan kami ucapkan. Mudah-mudahan pertemuan di ruang maya ini akan membuka ruang-ruang kasih sayang antara kita sesama umat islam.

Kali ini, angota anak muda Kampung Bohor Karang meneruskan aktiviti kemasyarakatan iaitu turun bersama-sama masyarakat kampung dalam majlis walimatul’urus abang kepada salah seorang ahli Pertubuhan Penggerak Kebajikan Anak Muda (PPKAM) Bohor Kararang. Justeru dengan aktiviti sebegini pasti akan lebih mengeratkan perpaduan generasi muda dengan orang-orang lama setempat dan berharap agar ianya akan mampu mewujudkan suatu suasana harmoni dikalangan masyarakat.

Sebahagian ahli-ahli PPKAM Bohor Karang diberi tugas mencuci pinggang mangkuk.


Sepuluh orang ahli yang sedang melaksanakan tugasan.
Ada di kalangan ahli yang sanggup mengambil cuti demi menjayakan misi PPKAM.


Menjamu selera ayam goreng berempah……
Untuk makluman semua pembaca ahli-ahli PPKAM tergolong daripada pelajar dan anak-anak muda yang bekerja di luar negeri antaranya Negeri Perlis dan P. Pinang
Ahli-ahli hanya dapat berkumpul pada waktu-waktu cuti.


Turut kelihatan YB. Ust. Ghani Ahmad (baju merah) yang turut di undang ke majlis walimatul’urus.


Pengantin lelaki menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada ahli pakatan kenduri Kampung Bohor Karang.

Warna-warni kenduri.

                   

                    


Sekian berita dari kami....
Wassalam.

Pertubuhan Penggerak Kebajikan Anak Muda (PPKAM) Bohor Karang


PENGENALAN

Pertubuhan Penggerak Kebajikan Anak Muda (PPKAM) Kampung Bohor Karang ditubuhkan atas dasar untuk menyatukan masyarakat belia dan beliawanis kampung dengan tujuan mampu melatih dan mendidik belia/nis kampung agar mahir dalam aspek pengurusan berorganisasi, berpenampilan dan membentuk individu-individu berkualiti sejajar dengan modal insan yang di inginkan kerajaan. Justeru PPKAM akan bertanggungjawab dalam memimpin dan membantu anak-anak muda kampung dalam menentu halatuju masa depan. Perspektif halatuju belia/nis kampung akhir-akhir ini telah menjadi satu persoalan yang meragukan masyarakat setempat apabila kebanyakan anak-anak muda kampung hari ini tiada aktiviti terancang dan tidak terurus dari aspek pembangunan insan yang merangkumi ilmu pengetahuan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Sehubungan itulah PPKAM memandang serius akan isu ini dengan berharap tertubuhnya PPKAM akan mampu memacu generasi baru kampung ke arah kehidupan yang lebih berwawasan kelak. Namun PPKAM amat menyedari tentang betapa pentingnya sokongan daripada semua pihak terutamanya pihak pemimpin, badan berkorporat, ahli-ahli ilmuan serta masyarakat setempat dalam membantu merealisasikan harapan murni ini. Dan PPKAM juga menyedari bahawa tanpa adanya sokongan dari pihak-pihak lain pastinya usaha ini tidak akan berjaya.

VISI
Memantau dan menyusun aktiviti-aktiviti samaada berbentuk kemasyarakatan, keilmuan, dan kemahiran kepada generasi muda kawasan setempat dengan menekankan aspek pembangunan rohani, dan mendedahkan belia/nis aktiviti yang bermanfaat.

MISI
Melahirkan belia/nis yang terpimpin dari aspek jasadi, rohani dan menteliti serta mampu menjadi insan yang berbudi.